16 Disember 2011

Disunting oleh :
Ustaz Abdul Rahim Sudin
Ketua Biro Tarbiah ISMA P.Pinang

SIRI  3 : IMAM AHMAD BIN MUHAMAD BIN HANBAL

Objektif pembelajaran  :
1.  Meladani  ketabahan Imam Ahmad menghadapi cabaran dan ujian
2.Mencontohi  sikap Imam Ahmad menghadapi  golongan Muktazilah yang mengagungkan logik akal  berbanding dengan Nas

KISAH  KETABAHAN IMAM AHMAD BIN HANBAL

Sebagai  'pewaris' para nabi, ulama silam sering tabah menghadapi pelbagai seksaan, antaranya ialah Ahmad bin Hanbal atau lebih dikenali sebagai Imam Hanbal.Telah menjadi kemestian bahwa kehidupan seorang mukmin tidak akan lepas dari ujian dan cobaan, lebih-lebih  lagi seorang alim yang berjalan di atas jejak para nabi dan rasul. Dan Imam Ahmad termasuk di antaranya. Beliau mendapatkan cabaran dan ujian  dari tiga orang khalifah Bani Abbasiyah  yang memakan masa selama 16 tahun yang menyokong kuat  aliran Muktazilah yang yang mengutarakan lojik akal didalam urusan agama termasuk fahaman kemakhlukan Al-Quran .


ERA PEMERINTAHAN  KHALIFAH  HARUN ARRASYID
Sebenarnya Harun ar-Rasyid, khalifah sebelum al-Makmun, telah menindak tegas pendapat tentang kemakhlukan Alquran. Basyar al-Murisy telah menyebarluaskannya pendapat itu. Namun, Khalifah Harun membanterasanya habis-habisan. Sekali gus ia memerintahkan agar penyebar itu ditangkap dan diadili. Basyar menyembunyikan diri sebaik mengetahui perintah itu dikeluarkan. Dia menyembunyikan diri hingga Khalifah Harun meninggal dunia.

Selama hidupnya, tidak ada seorang pun yang berani menyatakan pendapat itu sebagaimana dikisahkan oleh Muhammad bin Nuh, “Aku pernah mendengar Harun ar-Rasyid berkata, ‘Telah sampai berita kepadaku bahwa Bisyr al-Muraisiy mengatakan bahwa Alquran itu makhluk. Merupakan kewajibanku, jika Allah menguasakan orang itu kepadaku, niscaya akan aku hukum bunuh dia dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun.’”

Tatkala Khalifah ar-Rasyid wafat dan kekuasaan beralih ke tangan al-Amin, kelompok Mu‘tazilah berusaha menggiring al-Amin ke dalam kelompok mereka, tetapi al-Amin menolaknya. Selepas Khalifah Al-Amin Baru Bisyr Al-Muraisiy Berjaya mengenengahkan semula pendapat
.
ERA  PEMERINTAHAN  AL-MAKMUN

Untuk memaksa kaum muslimin menerima pendapat kemakhlukan Alquran, al-Makmun sampai mengadakan ujian kepada mereka. Selama masa pengujian tersebut, tidak terhitung orang yang telah dipenjara, disiksa, dan bahkan dibunuhnya. Ujian itu sendiri telah menyibukkan pemerintah dan warganya baik yang umum maupun yang khusus. Ia telah menjadi bahan pembicaraan mereka, baik di kota-kota maupun di desa-desa di negeri Irak dan selainnya. Telah terjadi perdebatan yang sengit di kalangan ulama tentang hal itu. Tidak terhitung dari mereka yang menolak pendapat kemakhlukan Alquran, termasuk di antaranya Imam Ahmad. Beliau tetap konsisten memegang pendapat yang hak, bahwa Alquran itu kalamullah, bukan makhluk.

Imam Hanbal berpendapat al-Quran hanyalah kalamullah (pena Allah). Akibat pendapatnya itu, dia ditangkap dan dihadapkan kepada Khalifah Makmun. Hanbal dirantai dan dibawa ke bilik persidangan. Seorang pengawal kemudian tampil dengan membawa al-Quran dan diletakkan di hadapannya.

"Al-Quran bukan makhluk, al-Quran adalah Kalamullah." Imam Ahamad menegaskan.

Sedangkan umat manusia menunggu untuk mencatat pernyataan (fatwa) beliau. Seandainya beliau tidak sabar menjaga kemurnian aqidah yang benar, dan menyatakan bahwa Al-Qur’an adalah makhluk, niscaya manusia akan mengiktui beliau. Namun beliau tetap tegar dan tabah menerima semua ujian tersebut. Walaupun beliau harus mengalami penderitaan yang sangat. Pernah beliau mengalami 80 kali cambukan yang kalau seandainya cambukan tersebut diarahkan kepada seekor gajah niscaya ia akan mati. Namun beliau menerima semua itu dengan penuh kesabaran demi mempertahankan aqidah Ahlus Sunnah.

Akibatnya, Imam Ahmad dipenjara dan diseksa. Setiap hari dalam penjara seorang pegawai disuruh menemui Imam Hanbal supaya pendapatnya diubah. Namun, Imam Hanbal terus tegas. Suatu pertemuan kemudian diadakan. Tujuannya untuk menghukum Imam Ahmad. Berbagai-bagak peralatan seperti pedang, lembing dan cabuk disediakan. Jika beliau masih teguh dengan fahamannya, senjata itulah yang akan digunakan untuk menyeksanya. Namun, Imam Hanbal masih tegas. Beliau dicabuk. Pada sebatan pertama, Imam Ahmad berkata 'Bismillah'. Pada sebatan kedua beliau membaca 'La haula wala kuata illa billah'. Pada sebatan ketiga beliau membaca firman Allah bermaksud:

"Katakanlah sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami."

Kini sudah 29 kali Imam Hanbal disebat. Akibatnya kulitnya terkupas. Darah mengalir. Ketika sedang disebat. Imam Hanbal merasa tali seluarnya terputus. Seluarnya sedikit demi sedikit menurun. Auratnya dirasakan hampir terbuka. Beliau segera mengangkat pandangnnya ke langit. Bibirnya bergerak. Bisikan doanya dikabulkan. Tiba-tiba seluarnya yang tadi turun, naik semula ke tempat semula. Auratnya tidak sempat terbuka. Setelah disebat, beliau kemudian dibawa ke penjara. Al-Muktasim telah menggantikan Khalifah Makmun yang wafat. Namun, faham muktazilah masih berkembang. Akibatnya Imam Hanbal terus diseksa.

Debat  terbuka antara Imam Hanbal dengan Kadi Besar Ahmad bin Ali Daud dianjurkan Khalifah al-Muktasim. Namun, Imam Hanbal pintar menjawab secara jitu segala soal dan bidasan. .Oleh malu kerana melihat kadi besarnya itu ditewaskan Imam Ahmad dalam debat itu, khalifah memaksa Imam Hanbal mengakui kesilapannya. Namun, Imam Hanbal masih tabah. Seksaan dan penjara untuknya diteruskan

Al-Makmun bahkan sempat memerintahkan tenteranya  agar membawa Imam Ahmad dan Muhammad bin Nuh ke hadapannya di kota Thursus. Kedua ulama itu pun akhirnya diiring  ke Thursus dalam keadaan terbelenggu. Muhammad bin Nuh meninggal dalam perjalanan sebelum sampai ke Thursus, sedangkan Imam Ahmad dibawa kembali ke Bagdad dan dipenjara di sana karena telah sampai kabar tentang kematian al-Makmun (tahun 218). Disebutkan bahwa Imam Ahmad tetap mendoakan al-Makmun.

ERA  PEMERINTAHAN AL-MU’TASIM

Sepeninggal al-Makmun, kekhalifahan berpindah ke tangan putranya, al-Mu‘tashim. Dia telah mendapat wasiat dari al-Makmun agar meneruskan pendapat kemakhlukan Alquran dan menguji orang-orang dalam hal tersebut; dan dia pun melaksanakannya. Imam Ahmad dikeluarkannya dari penjara lalu dipertemukan dengan Ibnu Abi Duad dan konco-konconya. Mereka mendebat beliau tentang kemakhlukan Alquran, tetapi beliau mampu membantahnya dengan bantahan yang tidak dapat mereka bantah. Akhirnya beliau dicambuk sampai tidak sadarkan diri lalu dimasukkan kembali ke dalam penjara dan mendekam di sana selama sekitar 28 bulan –atau 30-an bulan menurut yang lain-. Selama itu beliau shalat dan tidur dalam keadaan kaki terbelenggu.

Selama itu pula, setiap harinya al-Mu‘tashim mengutus orang untuk berdebat  dengan beliau, tetapi jawaban beliau tetap sama, tidak berubah. Akibatnya, Al-Mu’tasim bertambah kemarahan kepada beliau. Dia mengancam dan memaki-maki beliau, dan menyuruh tenteranya menyebat dengan lebih keras dan menambah belenggu di kaki beliau. Semua itu, diterima Imam Ahmad dengan penuh kesabaran dan keteguhan bak gunung yang menjulang dengan kokohnya.

ERA PEMERINTAHAN  KHALIFAH AL-WATSIK

Khalifah al-Muktasim meninggal dunia dan digantikan oleh Khalifah al-Watsik yang masih terpengaruh oleh ajaran sesat itu. Seksaan terhadap Imam Ahmad  ditambah semakin hebat. Hanya setelah al-Watsik meninggal dan digantikan oleh al Mutawakkil Billah, barulah berakhir seksaan ke atas Imam Hanbal. Khalifah itu menyedari kesilapan pemerintah sebelum ini dan memerintahkan pengikut muktazilah ditangkap dan dihukum. Imam Hanbal bersyukur kepada Allah kerana terselamat. Namun, pada usia tua dan sakit, beliau masih terus berdakwah menentang ajaran sesat sehingga akhir hayatnya.

PENGARUH FAHAMAN MUKTAZILAH DALAM PEMERINTAHAN
KERAJAAN BANI ABBASIAH  

Sebenarnya  masa pemerintahan Bani Abbasiyah, dengan jelas tampak kecondongan khalifah yang berkuasa menjadikan unsur-unsur asing (non-Arab) sebagai kekuatan penunjang kekuasaan mereka. Khalifah al-Makmun menjadikan orang-orang Persia sebagai kekuatan pendukungnya, sedangkan al-Mu‘tashim memilih orang-orang Turki. Akibatnya, justru sedikit demi sedikit kelemahan menggerogoti kekuasaan mereka. Pada masa itu dimulai penerjemahan ke dalam bahasa Arab buku-buku falsafah dari Yunani, Rumania, Persia, dan India dengan sokongan dana dari penguasa. Akibatnya, dengan cepat berbagai bentuk bid‘ah merasuk menyebar ke dalam akidah dan ibadah kaum muslimin. Berbagai macam kelompok yang sesat menyebar di tengah-tengah mereka, seperti Qadhariyah, Jahmyah, Asy‘ariyah, Rafidhah, Mu‘tazilah, dan lain-lain.
Kelompok Mu‘tazilah, secara khusus, mendapat sokongan dari penguasa, terutama dari Khalifah al-Makmun. Mereka, di bawah pimpinan Ibnu Abi Duad, mampu mempengaruhi al-Makmun untuk membenarkan dan menyebarkan pendapat-pendapat mereka, di antaranya pendapat yang mengingkari sifat-sifat Allah, termasuk sifat kalam (berbicara). Berangkat dari pengingkaran itulah, pada tahun 212, Khalifah al-Makmun kemudian memaksa kaum muslimin, khususnya ulama mereka, untuk meyakini kemakhlukan Alquran.

Setelah Khalifah al-Amin meninggal, Khalifah al-Makmun pula mewarisi pemerintahan. Namun, beliau berfaham muktazilah (golongan yang mengutamakan pemikiran logik). Makmun menyokong fahaman Basyar. Para ulama, secara bersembunyi, berfatwa ajaran Basyar itu sesat, lagi menyesatkan. Demi takut dizalimi, ramai ulama berhijrah ke negara lain. Ramai pula yang terpaksa bersembunyi.

Kemunculan mazhab Hanbali merupakan reaksi terhadap sikap yang berlebihan dari beberapa aliran Islam, seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Qadariah, dan Murji’ah. Aliran Muktazilah, contohnya terlah Berjaya disebarkan semasa hidup Imam Hanbali . Hasil dukungan Khalifah Al Ma’mun dari Dinasti Abbasiyah menjadikan aliran ini sebagai madzhab rasmi negara. Salah satu ajaran yang diyakini penganut Muktazilah adalah bahwa Alquran merupakan makhluk atau ciptaan Tuhan. Banyak umat Islam yang menolak pandangan itu.

Imam Hanbali termasuk yang menentang paham tersebut. Akibatnya, ia pun dipenjara dan disiksa oleh Khalifah al-Mu’tasim, putera Al Ma’mun. Siksaan ini berlangsung hingga dizaman  khalifah  Al-Wasiq yang menggantikan ayahnya, Al-Mu’tasim. Siksaan tersebut makin meneguhkan sikap Hanbali menentang paham Muktazilah. Sikapnya itu membuat umat makin bersimpati kepadanya sehingga pengikutnya makin banyak meskipun beliau terperosok didalam penjara.

Imam Hanbali juga dikenali kerana berpegang teguh dengan  teguh pendirian  Mazhab yang didirikannya. Mazhab itu berpegang kepada hadis Nabi SAW dan tradisi para sahabat. Para pengkaji  menganggap mazhab itu merupakan mazhab yang  paling hampir dengan mazhab para sahabat karena beliau memberikan  perhatian yang besar terhadap fatwa para sahabat




Tiada ulasan: