16 Disember 2011

Disunting oleh :
Ustaz Abdul Rahim Sudin

SIRI 2  : IMAM AHMAD BIN MUHAMMAD BIN HANBAL

Objektif pembelajaran  :

1. Menyenaraikan  ciri-ciri keperibadian Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal .
2.Menjelaskan  kemuliaan akhlaknya dan ketinggian ibadatnya dalam kehidupan harian.

MENELADANI  KEPERIBADIAN UNGGUL IMAM AHMAD

Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang yang tinggi badannya, warna kulitnya hitam kemerahan, beliau gemar memakai inai dan memakai pakaian yang kasar dan memakai serban, kurang memakan makanan, beliau tidak berpeluang memakan makanan yang bermacam-macam
dan kebanyakan makanannya dimasukkan cuka. Beliau mengambil wudhuk tanpa pertolongan orang lain dan beliau membeli kasut yang diperbuat dari kayu atau lain-lainnya serta dibawanya sendiri dan beliau duduk di atas hamparan yang lama sehingga carik-carik.


Imam Ahmad adalah seorang yang kuat ingatan, seorang yang faham dengan apa yang dihafaznya, juga beliau seorang yang bersifat sabar dan mempunyai azam dan juga selalu berkemahuan yang kuat, tetap dengan pendirian, tidak riak dan selalu menjauhi dari bergurau senda sehingga manusia lain tidak berani bergurau-senda di kala beliau ada bersama.

KEGIGIHANNYA MENUNTUT  ILMU

Imam Ahmad menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap dengan mempelajari hadis sehinggalah beliau menjadi seorang imam. Sesetengah daripada manusia pernah berkata kepadanya disebabkan kehairanan dengan ketetapannya dalam menuntut ilmu sekalipun beliau sudah menjadi ketua dan tinggi kedudukannya, kata mereka: "Sehingga bilakah lagi engkau hendak menunutut ilmu pada hal engkau sudah menjadi imam bagi seluruh umat Islam? Imam Ahmad menjawab dengan berkata: "Dari hujung pena sehinggalah ke pintu kubur!"

Alangkah tingginya percakapannya! Ia adalah suatu percakapan yang mengkagumkan seluruh manusia dan seluruh alam. Ia adalah pengajaran yang mulia dari ajaran Islam yang mengajarkan kita bahawa ilmu itu dituntut dari buaian sehinggalah ke liang lahad. Menuntut ilmu adalah sesuatu kegemaran yang tidak dijemu-jemu. Imam Ahmad adalah orang yang menggunakan dakwat, pena, kertas di sepanjang hidupnya sebagaimana penyambungan kepada pelajarannya.

Imam Ahmad menguatkan lagi tujuan-tujuan percakapannya yang di atas, dengan katanya:

"Aku menuntut ilmu sehingga aku masuk ke lubang kubur."

Alangkah baiknya bagi tiap-tiap orang penuntut jika mereka meletakkan kata-kata Imam Ahmad di hadapan mereka di setiap waktu: Dari hujung pena ke lubang kubur!

Percakapan Imam Ahmad di atas boleh jadi dirujukkan kepada percakapan yang digunakan oleh ahli-ahli akal dan fikir terhadap ahli-ahli hadis dan nakl, mengikut yang lahir kepada kita bahawa mereka menamakannya 'Ashabul Mahabir' sebagai menunjukkan bahawa mereka tidak hanya berpegang kepada akal fikiran sahaja bahkan mereka berpegang kepada tulisan-tulisan yang disalin dari buku-buku, mereka menuruti atau mempelajari hadis-hadis serta menulisnya dan dikatakan juga mereka adalah 'Hasywiyyah' perkataan Al-Hasy, ertinya ialah percakapan yang tinggi.

KONSISTEN  MENGHIDUPKAN  SUNNAH

Di masa hidup Imam Ahmad, beliau sangat konsisten dalam mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.. Muridnya, Imam Abu Daud mengatakan: "Aku melihat Imam Ahmad apabila menghantar jenazah, ketika mendekati pemakaman, menanggalkan sandalnya."

Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini berdasarkan hadis di bawah ini:

"Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan bersama Basyri, pandangannya terbentur pada seorang yang sedang berjalan di perkuburan dengan memakai sandalnya, kemudian baginda menegurnya: "Wahai si pemakai sandal, celakalah engkau! Tanggalkanlah kedua sandalmu." Orang itu kemudian menoleh dan ketika diketahuinya bahawa yang menegur adalah Rasulullah s.a.w., segera saja dia tanggalkan kedua sandalnya." (Riwayat Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah dan Al-Hakim dengan sanad yang sahih).

Syeikh Al-Albani berkata di atas sikap Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini: "Semoga Allah menganugerahkan kepadanya rahmat, betapa konsistennya orang ini dalam mengikuti As-Sunnah."

Abu Hatim pernah berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang mengasihi Ahmad bin Hanbal maka ketahuilah orang itu adalah dari ahli Sunnah."

DIHORMATI  OLEH JIN

Diceritakan bahawa pada suatu hari Imam Ahmad sedang duduk-duduk di masjidnya. Tiba-tiba datang seorang teman rapatnya yang diutus oleh Khalifah Al-Mutawakkil.

"Wahai Imam! Di rumah Amirul Mukminin ada seorang jariah baginda yang sedang dirasuk syaitan, Baginda telah mengutus saya untuk meminta tuan agar berdoa untuk kesihatannya." kata teman Imam Ahmad itu.

Imam Ahmad memberikan sepasang terompah kayu kepada temannya sambil berkata: "Pergi ke rumah Amirul Mukminin dan duduklah di sisi kepala jariah yang sedang sakit itu, kemudian katakan kepada jin: "Wahai jin! Imam Ahmad berkata kepadamu, "Yang mana satu yang engkau suka, engkau keluar dari tubuh jariah ini atau aku tampar engkau dengan terompah ini sebanyak tujuh puluh kali."
Orang itu pun pergi ke rumah khalifah dengan membawa terompah kayu dari Imam Ahmad. Kemudian dia duduk di sisi kepala si jariah dan mengucxapkan perkataan seperti yang diucapkan oleh Imam Ahmad.

Maka berkatalah jin yang merasuk melalui lisan si jariah: "Aku mendengar dan taat kepada Imam Ahmad. Sekiranya beliau menyuruh aku keluar dari negeri Irak inipun, nescaya aku keluar."
Kemudian jin itu berkata lagi: "Kerana beliau adalah seorang yang taat kepada Allah, sedangkan barangsiapa yang taat kepada Allah, dia akan dipatuhi oleh segala sesuatu."

Lepas berkata demikian, jin itu keluar dan jariah sembuh sebagaimana sedia kala dan melahirkan beberapa anak dari khalifah.

Beberapa tahun kemudian, Imam Ahmad meninggal dunia. Tiba-tiba jin itu datang lagi dan merasuk tubuh jariah buat kali kedua. Kerana Imam Ahmad sudah tidak ada, khalifah menyuruh teman Imam Ahmad agar berbuat seperti ketika masih ada Imam Ahmad. Maka teman itu duduk di sisi kepala jariah yang sakit dengan memegang terompah kayu dari Imam Ahmad.

"Hai jin! Keluarlah engkau. Kalau tidak, engkau kupukul dengan terompah ini sebanyak tujuh puluh kali." kata orang itu.

Tiba-tiba jin itu menjawab melalui mulut jariah yamg dirasuknya: "Aku tidak akan tunduk kepadamu dan tidak akan keluar dari sini. Adapun Imam Ahmad adalah seorang yang taat kepoada Allah, maka aku diperintah untuk tunduk kepadanya."

Maka tetaplah jin itu di tubuh si jariah, kerana dia tahu yang menyuruh keluar bukan Imam Ahmad, sebab beliau telah meninggal dunia.

AKHLAK  DAN KEPERIBADIAN IMAM AHMAD

Imam Ahmad memiliki akhlak yang terpuji serta terkenal kerana kuatnya ibadah kepada Allah. Sebahagian ulamat amat mengkagumi  adab dan kebaikan akhlaknya, “Aku mengeluarkan biaya untuk anakku dengan mendatangkan kepada mereka para pendidik agar mereka mempunyai adab, namun aku lihat mereka tidak berhasil. Sedangkan ini (Ahmad bin Hanbal) adalah seorang anak yatim, lihatlah oleh kalian bagaimana dia!”

Beliau adalah seorang yang menyukai kebersihan, suka memakai pakaian berwarna putih, paling perhatian terhadap dirinya, merapikan misai dan janggut,rambut kepalanya dan bulu tubuhnya.

Orang-orang yang hadir kemajlis beliau tidak sekadar menimba ilmunya saja bahkan kebanyakan mereka datang kerana  ingin mengetahui akhlak beliau.
Majlis yang diadakan oleh beliau dihadiri oleh sekitar 5000 orang. Yang mencatat pelajaran yang beliau sampaikan jumlahnya adalah kurang dari 500 orang. Sementara sisanya sekitar 4500 orang tidak mencatat pelajaran yang beliau sampaikan namun sekadar memperhatikan akhlak dan tingkahlaku  (baiknya penampilan dalam perkara agama) beliau.


Yahya bin Ma’in berkata: “Aku tidak pernah melihat orang yang seperti Ahmad. Kami bersahabat dengannya selama 50 tahun. Dan belum pernah aku melihat membanggakan dirinya atas kami dengan sesuatu yang memang hal itu ada pada dirinya.”
Beliau juga sangat benci apabila namanya disebut-sebut (dipuji) di tengah-tengah manusia, sehingga beliau pernah berkata kepada seseorang: “Jadilah engkau orang yang tidak dikenal, kerana sesungguhnya aku benar-benar telah diuji dengan kemasyhuran.”

Beliau menolak untuk dicatat fatwa dan pendapatnya. Berkata seseorang kepada beliau: “Aku ingin menulis permasalahan-permasalahan ini, karena aku takut lupa.” Berkata beliau: “Sesungguhnya aku tidak suka, engkau mencatat pendapatku.”

IBADAT  IMAM AHMAD

Beliau adalah seorang yang sangat kuat ibadahnya. Anak  beliau yang bernama Abdullah menceritakan tentang kebiasaan ayahnya: ” Dahulu ayahku solat sehari semalam sebanyak 300 rakaat. Dan tatkala keadaan fizikal  beliau mulai lemah kesan dari penyiksaan yang pernah dialaminya maka beliau hanya mampu solat sehari semalam sebanyak 150 rakaat.”
Abdullah mengatakan: “Kadang-kadang aku mendengar ayah pada waktu sahur mendoakan kebaikan untuk beberapa orang dengan menyebut namanya. Ayah adalah orang yang banyak berdoa dan meringankan doanya. Jika ayah solat Isya, maka ayah memperelokkan solatnya kemudian berwitir lalu tidur sebentar kemudian bangun dan solat lagi. Bila ayah puasa, beliau suka untuk menjaganya kemudian berbuka sampai waktu yang ditentukan oleh Allah. Ayah tidak pernah meninggalkan puasa hari isnin dan khamis dan puasa ayyamul bidh (puasa tiga hari, tanggal 13, 14, 15 dalam bulan Hijriyah).

Dalam riwayat lain beliau berkata: “Ayah membaca Al-Qur’an setiap harinya 1/7 Al-Qur’an. Beliau tidur setelah Isyak dengan tidur yang ringan kemudian bangun dan menghidupkan malamnya dengan berdoa dan solat.
Suatu hari ada salah seorang murid beliau menginap di rumahnya. Maka beliau menyiapkan air untuknya (agar ia bisa berwudhu). Maka tatkala pagi harinya, beliau mendapati air tersebut masih ada, maka beliau berkata: “Subhanallah, seorang penuntut ilmu tidak melakukan dzikir pada malam harinya?”

Beliau telah melakukan haji sebanyak lima kali, tiga kali diantaranya beliau lakukan dengan berjalan kali dari Baghdad dan pada salah satu hajinya beliau pernah menginfakkan hartanya sebanyak 30 dirham.

SAKIT  DAN KEMATIANNYA

Menjelang wafatnya, beliau jatuh sakit selama sembilan hari. Mendengar sakitnya, orang-orang pun berdatangan ingin menjenguknya. Mereka berdesak-desakan di depan pintu rumahnya, sampai-sampai sultan menempatkan orang untuk berjaga di depan pintu. Akhirnya, pada permulaan hari Jumaat tanggal 12 Rabiulawal 241H (855 Masihi), beliau menghadap kepada Rabbnya menjemput ajal yang telah ditentukan kepadanya. Beliau wafat dalam usia 77 tahun.

Kaum Muslimin bersedih dengan kepergian beliau. Tak sedikit mereka yang turut menghantar jenazah beliau sampai beratusan ribu orang. Ada yang mengatakan 700 ribu orang, ada pula yang mengatakan 800 ribu orang, bahkan ada yang mengatakan sampai satu juta lebih orang yang menghadirinya. Semuanya menunjukkan bahawa sangat banyaknya mereka yang hadir pada saat itu demi menujukkan penghormatan dan kecintaan mereka kepada beliau. Beliau pernah berkata ketika masih sihat, "Katakan kepada ahlu bid'ah bahawa perbezaan antara kami dan kalian adalah (tampak pada) hari kematian kami."

BERSIAR-SIAR  DI SYURGA

Setelah Imam Ahmad wafat salah seorang sahabat  yang juga muridnya bermimpi melihat beliau berjalan bersiar-siar dalam keadaan riang gembira.

"Wahai saudaraku! Engkau berjalan dalam keadaan riang gembira seperti ini?" tanya temannya.

"Beginilah cara berjalan khadam-khadam Allah di dalam syurga Darussalam." jawab Imam
Ahmad. "Apa yang telah Allah buat kepadamu?" tanya temannya lagi.

"Allah telah mengampunkan aku dan diberinya aku sepasang kasut yang terbuat dari emas. Dia (Allah) berkata kepadaku: "Inilah balasan untukmu yang telah berani berkata bahawa Al-Quran itu Kalamullah yang diturunkan oleh Allah itu bukan makhluk." Kemudian Dia berkata lagi: Wahai Ahmad! Pergilah ke mana-mana tempat yang engkau suka."

Maka aku pun masuk ke dalam sebuah taman, di situ aku berjumpa dengan Sufyan At-Thauri. Dia memakai sayap berwarna hijau sedang terbang dari satu pokok ke pokok lain. Aku mendengar dia sedang membaca ayat al-Quran:

"Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah mewariskan kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki, maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal." (Az-Zumar: 74)

"Kemudian bagaimana pula khabar si Abdul Wahid Al-Waraq?" tanya temannya.

"Aku telah melihatnya sedang berada di lautan cahaya di atas kenderaan cahaya juga sedang menziarahi Tuhannya Yang Maha Pengampun."

"Lalu bagaimana dengan khabar Bisyr Al-Khafi?"

"Aduh...! Aku telah melihatnya sedang berada di hadapan Maha Agung. Dia berkata kepadanya: "Makanlah wahai orang yang tidak makan di dunia, minumlah wahai orang yang tidak merasakan keseronokan di dunia."

Hanya sampai sekian mimpi teman Imam Ahmad hingga dia terjaga dari tidurnya.


 KHAZANAH MUTIARA  PENINGGALAN  IMAM AHMAD

1) Amalan yang paling utama

Ada seseorang yang bertanya kepada Imam Ahmad rahimahullah:
“Beritakan kepada kami amalan apakah yang paling utama?”


Beliau menjawab: “Menuntut ilmu.”
Dia bertanya kembali: “Bagi siapa?”
Beliau menjawab: “Bagi orang yang benar niatnya.”
Dia bertanya kembali: “Apa saja yang bisa membenarkan niat itu?”
Beliau menjawab: “Dengan meniatkan dirinya agar bisa bertawadhu’ dan menghilangkan kebodohan darinya.”


2) Kewajiban Menuntut Ilmu

“Setiap orang wajib menuntut ilmu yang menjadikan agamanya tegak dengannya.”

Ditanyakan kepada beliau, “Seperti apa halnya?”

Beliau rahimahullah menjawab, “Yang ia tidak boleh bodoh (tidak berilmu) tentang sholat, puasa, dan lainnya.”

3) Kemuliaan hati

Sesungguhnya setiap sesuatu memiliki kemuliaan, dan kemuliaan hati adalah ridha kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala .

4) Mengingat Mati

Bahwasanya Imam Ahmad jika disebutkan tentang kematian maka beliau menangis tersedu-sedu. Dan beliau berkata: “Rasa takut telah menghalangiku untuk menyantap makanan dan minuman.”

5) Anjuran untuk berusaha

Ada seseorang yang bertanya kepada Imam Ahmad:

“Bagaimana pendapatmu tentang seseorang yang duduk di rumahnya atau di masjidnya kemudian berkata: “Aku tidak akan bekerja apapun sampai rizki itu yang datang sendiri kepadaku.”

Beliau berkata: “Ini adalah seorang laki-laki yang tidak mengetahui ilmu. Tidakkah dia mendengar ucapan Rasulullah: ‘dijadikan rizki-ku di bawah naungan tombakku.’ Dan hadits yang lainnya tentang seekor burung yang di pagi hari dalam keadaan lapar kemudian pergi untuk mencari makan. Allah berfirman: “Dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah (rizki).” [Al-Muzammil: 20]

6) Zuhud

Zuhud di dunia adalah: pendek angan-angan dan berputus asa (tidak mengharapkan) dari apa yang ada di tangan manusia.

7) Kemuliaan sahabat Rasulullah

Jika engkau melihat seseorang menyebutkan tentang salah seorang dari sahabat rasulullah dengan kejelekan maka ragukanlah keislamannya.

8) Merasakan kesenangan

Ada seseorang bertanya kepada beliau: “Bilakah seorang hamba akan merasakan kesenangan?”

Beliau menjawab: “Dia akan merasakan kesenangan tatkala mulai memasuki Al-Jannah (surga).”

9) Manusia pada hari kiamat

Sesungguhnya Allah membangkitkan para hamba pada hari kiamat atas 3 keadaan:

1. Orang baik yang tidak ada jalan untuk menyalahkannya. Firman Allah S.W.T 
   “Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik.”Attaubah: 91
2. Orang yang kafir mereka berada dalam An-Naar (neraka), Firman Allah S.W:

    “Dan orang-orang yang kafir, mereka berada di dalam Jahannam.”Al-Fatir : 36
3. Orang yang berdosa (dosa syrik), maka perkaranya diserahkan kepada Allah. Jika Allah

     berkehendak, maka ia akan diadzab, dan jika Allah berkehendak, ia akan diampuni. firman Allah
    “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni semua dosa
     yang dibawah dosa syirik bagi siapa yang dikehendakinya.” [An-Nisaa: 48 dan 116]

Hartawan yang zuhud

Imam Ahmad pernah ditanya tentang seseorang yang memiliki harta sebanyak 1000 dinar, apakah dia bisa dikatakan zuhud?”

Beliau menjawab: “Ya, dengan syarat dia tidak gembira ketika hartanya bertambah dan tidak bersedih ketika hartanya berkurang.”

Menjaga harga diri

Beliau pernah berdoa dalam sujudnya:
“Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menjaga wajahku dari sujud kepada selain-Mu, maka jagalah wajahku dari meminta-minta kepada selain-Mu.”

Zakatnya ilmu

Beliau pernah ditanya tentang seorang yang banyak menulis hadits, maka beliau memberikan jawaban:
“Seharusnya bagi dia untuk memperbanyak amalan sebatas apa yang dia peroleh dalam mencari hadits tersebut.” Kemudian beliau melanjutkan ucapannya: “Jalannya ilmu itu sama dengan jalannya harta. Sesungguhnya harta itu jika bertambah maka bertambah pula zakatnya.”

Kesempurnaan makanan

Jika terkumpul pada makanan itu 4 hal maka sungguh telah sempurna:

1. Jika disebutkan nama Allah, pada awalnya.
2. Memuji nama Allah pada akhirnya.
3. Memperbanyak jumlah orang yang makan.
4. Makanan tersebut diperoleh dari jalan yang halal.


Tingkatan-tingkatan Zuhud

Dalam zuhud ada tiga tingkatan:

1. Meninggalkan yang haram. Ini adalah zuhudnya orang-orang yang awam.
2. Meninggalkan sesuatu yang kurang bermanfaat dari perkara yang halal. Ini adalah zuhudnya orang-orang yang khusus.
3. Meninggalkan sesuatu yang menyibukkan dari Allah. Ini adalah zuhudnya orang-orang yang telah mengenal Rabbnya.


Sikap dalam solat

Beliau pernah ditanya: “Apa makna dari meletakkan tangan yang kanan diatas tangan yang kiri?”

Beliau menjawab: “Merendahkan diri dihadapan Allah Subhanallahu wa Ta’ala.”

Ketakwaan hati

‘Ali bin Al-Madini rahimahullah berkata: “Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata kepadaku, ‘Sebenarnya aku ingin menemanimu pergi ke Makkah dan tidaklah ada yang menghalangiku untuk menemanimu kecuali aku khawatir akan membuatmu bosan atau engkau yang membuatku bosan.’
Ali rahimahullah berkata: “Ketika aku akan berpisah, kukatakan kepadanya: ‘Wahai Abu ‘Abdillah, berilah aku suatu wasiat?’
Ahmad rahimahullah berkata: “Ya, tetapkanlah ketakwaan itu dalam hatimu, dan tegakkanlah akhirat itu dihadapanmu.”

Bersegera dalam kebaikan

Setiap sesuatu dari kebaikan hendaklah engkau memberi perhatian padanya, kemudian bersegera untuk memperolehnya sebelum terhalang antaramu dengan kebaikan tersebut.

Ringan dalam hisab

Suatu yang sedikit dari perkara dunia maka kelak hisab (perhitungan)nya akan ringan di akhirat

Berkurangnya keimanan

Iman bisa bertambah dan berkurang. kebaikan semuanya adalah bagian dari iman (menambah keimanan -red) dan kemaksiatan dapat mengurangi keimanan.

Semangat belajar

Tidaklah seseorang akan patah semangat di dalam menuntut ilmu kecuali orang yang bodoh.

Keikhlasan

Al-Ikhlas adalah hendaklah amalanmu diniatkan dalam rangka ibadah dan meninggalkan sesuatu yang haram, serta meniatkan setiap kebaikan dan ketakwaan hanya semata-mata ditujukan kepada Allah. Ikhlas adalah ruhnya amalan. Amalan tanpa ruh ibarat mayit. Allah tidak menerima amalan tersebut dan tidaklah dia akan selamat dari api neraka.

Semangat beramal

Tidaklah aku menulis sebuah hadits kecuali aku telah mengamalkannya walaupun cuma satu kali supaya tidak menjadi hujjah pada diriku kelak, sampaipun shalat 2 rakaat Maghrib antara adzan dan iqamat (aku telah mengamalkannya).

Doa beliau

Ya Allah, janganlah Engkau sibukkan hati kami dengan sesuatu yang telah Engkau bebankan kepada diri kami.
Dan janganlah Engkau menghalangi diri kami dari kebaikan yang ada pada-Mu dengan suatu kejelekan yang ada pada diri kami.
Dan janganlah Engkau perlihatkan pada diri kami apa yang telah Engkau larang.
Dan janganlah Engkau luputkan bagi diri kami apa-apa yang telah Engkau perintahkan.
Muliakanlah diri kami dan janganlah Engkau hinakan diri kami.
Muliakanlah diri kami dengan ketaatan dan janganlah Engkau hinakan diri kami dengan kemaksiatan.
























Tiada ulasan: