17 Disember 2011

SIRI 3 : IMAM ASSYAFIE ABU MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Di sunting oleh
'Afaf  Izzaty Abdul  Rahim
Pelajar Tahun 1 Matrik Perubatan Bersekutu UIAM
Objektif pembelajaran  :

1. Menyenaraikan  sumbangan Imam Al-Syafi’i .
2.Menjelaskan  kegigihan beliau dalam berdakwah dan mencontohinya.

 SUMBANGAN IMAM ASSYAFIE

 1.Mengasaskan kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum.

2. Berijtihad mengikut tempat dan masa.

3.Menghasilkan buku Al-Risalah yang menjadi rujukan umat Islam sehingga kini.

4.Membetulkan fahaman yang salah dalam aliran Muktazilah, Syiah, Khawarij

 Kejayaan beliau mengasaskan satu disiplin ilmu baru yang kemudiannya dikenali sebagai "Usul al-Fiqh" itu kemudiannya telah meyakinkan al-Syafi'i untuk mengemukakan hasil penyelidikan beliau itu kepada para fuqaha yang lain. Bagi tujuan tersebut beliau memutuskan untuk pergi ke Baghdad, pusat perhimpunan para fuqaha pada waktu itu, sesudah Madinah tidak lagi memainkan peranan seperti itu selepas kematian al-Imam Malik pada tahun 179 Hijrah.

KEGIGIHAN IMAM ASSYAFIE

Sebaik sahaja sampai ke Baghdad beliau terus mengajar di al-Jami' al-Gharbi. Dengan segala pemikiran dan metod baru yang dibawanya al-Syafi'i menjadi terkenal dalam dunia keilmuan.[6] Apa yang jelas, beliau telah berjaya menghidupkan kembali pengajian al-Sunnah sebagai asas kepada pengajian fiqh. Sebelum itu al-Sunnah dipelajari dari aspek periwayatannya sahaja.

SIRI 2 : IMAM ASSYAFIE ABU MUHAMAD BIN ABDULLAH


                                                          DISUNTING OLEH

'AFAF IZZATY  ABDUL RAHIM
PELAJAR TAHUN 1 MATRIK  PERUBATAN BERSEKUTU UIAM

Objektif Subjek :
1. Menyenaraikan  ciri-ciri ketokohan peribadi beliau.
2.Menyatakan beberapa kelebihan dan kemahiran yang dimililki oleh Imam Assyafie.

Kuat ingatan dapat menghafal al-Quran ketika berusia 9 tahun dan Berkebolehan tinggi , apabila gurunya tidak dapat mengajar kerana sesuatu urusan..

 Menyelusuri perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie amat menarik sekali.Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa.Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.

SIRI 1 : IMAM ASSYAFIE ABU MUHAMMAD BIN IDRIS

Disunting oleh :
Ustazah Norritta  Abu Bakar
SMK Taman Jelutong,09000 Kulim,Kedah
Objektif pembelajaran: 

1.  Menerangkan biografi Imam Al-Syafi’i
2. Menjelaskan  kegigihannya dalam menuntut ilmu.

Riwayat Hidup

Nama asal Imam Shafie ialah AlImam Abu Abdullah Muhammad bin Idris alQurasyi alHasyimi alMuttalibi bin alAbbas bin Othman bin Syafi’i. Beliau berbangsa Quraisy dan berketurunan Nabi Muhamad SAW. Mengikut pendapat sepakat ulama, Imam Shafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah. Tarikh kelahirannya bertepatan pada tahun kewafatan Imam Abu Hanifah.Peristiwa seperti ini memberi gambaran, bahawa kelebihan Allah SWT menjadikan keadaan demikian kepada makhluknya, iaitu dengan wafatnya seorang imam maka lahir pula imam lain yang mewarisinya .Terdapat tiga pendapat tentang tempat lahir Imam Shafie iaitu di Ghazzah Syam (Palestin), Asqalan (di pesisiran pantai Palestin) dan Yaman. AlBayhaqi dalam menyelaraskan pendapat di atas mengatakan Imam Shafie di lahirkan di Ghazzah, kemudian dibawa ke Asqalan dan kemudian ke Mekah .

16 Disember 2011

Disunting oleh :
Ustaz Abdul Rahim Sudin
Ketua Biro Tarbiah ISMA P.Pinang

SIRI  3 : IMAM AHMAD BIN MUHAMAD BIN HANBAL

Objektif pembelajaran  :
1.  Meladani  ketabahan Imam Ahmad menghadapi cabaran dan ujian
2.Mencontohi  sikap Imam Ahmad menghadapi  golongan Muktazilah yang mengagungkan logik akal  berbanding dengan Nas

KISAH  KETABAHAN IMAM AHMAD BIN HANBAL

Sebagai  'pewaris' para nabi, ulama silam sering tabah menghadapi pelbagai seksaan, antaranya ialah Ahmad bin Hanbal atau lebih dikenali sebagai Imam Hanbal.Telah menjadi kemestian bahwa kehidupan seorang mukmin tidak akan lepas dari ujian dan cobaan, lebih-lebih  lagi seorang alim yang berjalan di atas jejak para nabi dan rasul. Dan Imam Ahmad termasuk di antaranya. Beliau mendapatkan cabaran dan ujian  dari tiga orang khalifah Bani Abbasiyah  yang memakan masa selama 16 tahun yang menyokong kuat  aliran Muktazilah yang yang mengutarakan lojik akal didalam urusan agama termasuk fahaman kemakhlukan Al-Quran .
Disunting oleh :
Ustaz Abdul Rahim Sudin

SIRI 2  : IMAM AHMAD BIN MUHAMMAD BIN HANBAL

Objektif pembelajaran  :

1. Menyenaraikan  ciri-ciri keperibadian Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal .
2.Menjelaskan  kemuliaan akhlaknya dan ketinggian ibadatnya dalam kehidupan harian.

MENELADANI  KEPERIBADIAN UNGGUL IMAM AHMAD

Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang yang tinggi badannya, warna kulitnya hitam kemerahan, beliau gemar memakai inai dan memakai pakaian yang kasar dan memakai serban, kurang memakan makanan, beliau tidak berpeluang memakan makanan yang bermacam-macam
dan kebanyakan makanannya dimasukkan cuka. Beliau mengambil wudhuk tanpa pertolongan orang lain dan beliau membeli kasut yang diperbuat dari kayu atau lain-lainnya serta dibawanya sendiri dan beliau duduk di atas hamparan yang lama sehingga carik-carik.
Disunting oleh :
Ustaz Abdul  Rahim Sudin

SIRI  1 : Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal

Objektif pembelajaran  :

1.  Menerangkan perjalanan hidup Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dan zamannya.
2.Menjelaskan  kegigihannya dalam menuntut ilmu.
3.Menyatakan kesungguhan dan penghayatannya didalam bidang pendidikan.

Nasab dan Kelahirannya

Beliau adalah Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah bin Hayyan bin Abdullah bin Anas bin ‘Auf bin Qasith bin Mazin bin Syaiban bin Dzuhl bin Tsa‘labah adz-Dzuhli asy-Syaibaniy. Nasab beliau bertemu dengan nasab Nabi pada diri Nizar bin Ma‘d bin ‘Adnan. Yang berarti bertemu nasab pula dengan nabi Ibrahim.
Ketika beliau masih dalam kandungan, orang tua beliau pindah dari kota Marwa, tempat tinggal sang ayah, ke kota Baghdad. Di kota itu beliau dilahirkan, tepatnya pada bulan Rabi‘ul Awwal -menurut pendapat yang paling masyhur- tahun 164 H.

08 Disember 2011

Aku Rindu Zaman Ketika.............

Oleh : Allahyarham Ustaz KH Rahmat Abdullah Sang Murobbi

1. Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan
    paksaan …
2. Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang
    dipaksakan …
3. Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …

30 Julai 2011

Malam Pertama DiBulan Ramadhan

                                                   Malam Pertama Di Bulan Ramadan

                                         Ustaz Abdul  Rahim Bin Sudin,
                                         Pengerusi,
                                         Biro Tarbiah ISMA  Pulau Pinang.

                   Gelaran " Takwa " seperti janji Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 181  hanya dapat dituai dipenghujung Ramadan oleh orang yang berjaya melepasi malam pertama dibulan Ramadan dengan jayanya.Justeru wahai pemburu Takwa,hendaklah sentiasa berwaspada dan bersiap siaga untuk melepasi malam pertama di bulan Ramadan ini.Justeru pentingnya malam pertama di bulan Ramadan ini, saya akan memberikan beberapa tip atau petua yang mudah agar kita dapat menempuh malam pertama dengan
penuh makna.
                   Tip dan petua yang diberi meliputi persiapan sebelum, semasa dan selepas berlalunya
malam pertama di bulan Ramadan.Diantaranya seperti berikut :

Dairi Mukmin Takwa Di Bulan Ramadhan

DAIRI  MUKMIN TAKWA  DI BULAN  RAMADAN

Misi Ramadan 2011 / 1432
" Ihsan Amal Menuju Puncak Takwa  :

Berikut  adalah contoh Dairi Mukmin Takwa sebagai persiapan rapi menjadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang berlalu :

4.15  Pagi               - Bangun persiapan diri ( mulakan awal pagi dengan membaca doa bangun
                                 dari tidur : الحمد للة الذي احيانا بعد ما اماتنا والية النشور
4.30                       - Qiamulalil  / Tilawah / Muhasabah
5.30                       - Bersahur  sekurang-kurang seteguk air.Pastikan jarak azan dan sahur 
                                 bacaan 50 ayat.

MEMPRAKTIKKAN PUASA IKUT CARA NABI

                                  MEMPRAKTIKKAN PUASA IKUT CARA NABI


                     Ramadan tiba lagi.Kehadirannya amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Berbagai istilah dan jololkan tentang Ramadhan contohnya Madrasah Ramadhan, Akademik Ramadan dan lain-lain yang menggambarkan bahawa Ramadan adalah bulan mulia yang mampu memproses dan mendidk manusia mencapai objektifnya iaitu darjat “ Takwa “.Terdapat banyak ayat al-quran dan hadis yang menjelaskan tentang pelbagai kelebihan bulan Ramadan antaranya dalam surah Al-Baqarah, ayat 184, “ Berpuasa itu lebih baik bagi kamu ,sekiranya kamu mengetahui “.Sesungguhnya berpuasa itu bukan membenankan bahkan orang beriman menganggap sebagai peluang dan tawaran yang terbuka luas dari Allah untuk hambanya.

10 Jun 2010

Seruan Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulamak Muslimin Sedunia berhubung isu terkini di Palestin

Diterjemah  oleh :
Ustaz Engku  Omar  Bin Engku Amirudin
AJK  ISMA Terangganu
Sumber : Ikhwan Online

Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru semua bangsa Arab dan Islam, segala parti politik dan semua tenaga kekuatan kebangsaan serta manusia-manusia merdeka di dunia ini, lelaki mahupun wanita, warga tua mahupun pemuda, kami menyeru mereka untuk mempamer dan mengungkapkan penolakan secara aman mereka terhadap jenayah tak bertamaddun yang amat jelek ini.

08 Jun 2010

Isu Al Quds ,Masjid Al-Aqsa dan Palestin : Antara Isu Umat Islam Sejagat VS Isu Kemanusiaan

Pendahuluan

Ianya adalah isu yang berlarutan dan memberikan impak kepada umat diseluruh dunia tanpa mengenal sempadan geografi ,warna kulit, agama dan sebagainya.Ia adalah isu islam dan umat islam.Ia adalah isu iman dan keyakinan terhadap ketinggian islam sebagai agama tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.Masyarakat dunia menganggap ia adalah isu kemanusiaan.Isu yang patut dikongsi bersama oleh seluruh umat manusia tanpa mengira pegangan akidah dan kefahaman.

13 Mei 2010

Selamat Hari Guru dan Istiqamah Menjadi Murobbi .........

Pendidik antara tugas dan amanah..... Umum
Pendidik antara tugas dan amanah.....


Selamat Hari Guru

Tanggal 16 mei, tarikh keramat penuh bermakna kepada profesion perguruan .Seluruh dunia merayakannya sebagai simbolik tanda penghargaan seluruh warga terhadap jasa dan perit jerih guru mendidik anak bangsa agar menjadi manusia berguna yang soleh dan musleh.Seperti apa yang di nukilkan oleh sasterawan negara Usman Awang ,guru adalah segala-galanya.Tanpa sentuhan guru bererti manusia hidup tanpa

Jaulah Tautan Ukhwah Ke Utara.. Masam-manis sepanjang perjalanan....1

Tarikh 29 April 2010 adalah hari yang paling bermakna dalam hidup.Tarikh yang mencatatkan seribu pengetian sebuah persabahatan yang bernama ukhwah.Seusai usrah pada tarikh 28 April di rumah Ustaz Abdul Rahim ( Abuya ) ,Asraf Wahab atau panggilan UP dah tak sabar untuk berbincang tentang Rehlah Tautan Ukhwah ke Utara.Malam tu yang datang ialah Asraf Wahab,Asraf Mohamad,Asraf Azmi,Radzhi @ Haji Radzhi ,Din Merbau Pulas,Saiful Nizam, Cek Mat,Syafiq Kapak,Arif.Malam tu bincang sakan .Ustaz bentang tentatif program .Semuanya seronok dah tak sabar nak berjaulah .Semua boleh ikut serta kecuali Radzhi @ Haji radzhi (kerana nak periksa STAM ) Asraf Mohamad ( Mak tak bagi pi sebab nak kena balik PLKN ) dan Arif sebab ada keluarga jauh nak datang rumah.Selepas bincang terus makan-makan sambil dengar cerita Abang Ridhuan Ali ( saintis muda ) cerita tentang kehidupan semasa dia belajar di Australia.Cita tentang Fraiday Night. Masing-masing terlopong mendengar cerita yang amat bermanfaat