13 Mei 2010

Selamat Hari Guru dan Istiqamah Menjadi Murobbi .........

Pendidik antara tugas dan amanah..... Umum
Pendidik antara tugas dan amanah.....


Selamat Hari Guru

Tanggal 16 mei, tarikh keramat penuh bermakna kepada profesion perguruan .Seluruh dunia merayakannya sebagai simbolik tanda penghargaan seluruh warga terhadap jasa dan perit jerih guru mendidik anak bangsa agar menjadi manusia berguna yang soleh dan musleh.Seperti apa yang di nukilkan oleh sasterawan negara Usman Awang ,guru adalah segala-galanya.Tanpa sentuhan guru bererti manusia hidup tanpa
tamadun.Namun, guru sejati merayakan hari guru dengan penuh rasa keinsafan.Sambil bertafakur sejenak guru perlu bermuhasabah diri dengan bertanyakan beberapa soalan.Adakah aku benar-benar seorang guru yang bergelar murabbi ?Adakah aku telah benar-benar melaksanakan amanah mendidik anak bangsa agar menjadi manusia yang soleh dan solehah?Adakah aku telah menginfakkan seluruh jiwa raga,masa ,wang ringgit dan seluruh kehidupan ini untuk mendidik generasi baru yang punya ciri-ciri rabbani ? Sesungguhnya untuk menjadikan seseorang itu berjaya didunia tidaklah sesukar untuk menproses manusia yang bakal mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.


Guru mewarisi perjuangan para ambia

Ulamak adalah waris para nabi-nabi.Tujuan perutusan para ambia ialah untuk mengajak seluruh manusia menyembah Allah yang satu.Dengan ungkapan lain ialah mengajak manusia memberikan sepenuh pengabdian yang mutlak kepada Allah tuhan sekelian alam.Dalam masa yang sama menolak sepenuh hati sebarang bentuk penyambahan selain Allah.Manusia didik untuk meyakini dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah sebagai Pencipta,Pemilik,Yang Menghidup ,Yang Mematikan,Yang Memberi Manfaat,Yang memberi Mudarat, dan semua urusan mencipta dan pemerintahan adalah miliknya.Firman Allah :
Ingatlah,kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan( sekelian makhluk )dan urusan pemerintahan.Maha suci Allah yang mencipta dan mentadbir sekelian Alam.( Al-A'raf 54 )

Kesempurnaan akidah ini berlaku apabila manusia mendaulatkan uluhiyyah Allah sepertimana ungkapan Ibnu Taimiah : keicintaan tulus bersama ketundukan penuh.Tauhid ini memisahkan antara golongan yang mengesakan Allah dengan golongan yang menyekutukan Allah.Berdasarkan tauhid ini diberkan balasan dan pahala didunia dan diakhirat.Sesiapa yang tidak menunaikan tauhid ini ,dia tergolong di kalangan orang-orang musyrik.

Tuntutan Tauhid Uluhiyyah

Dalam usaha mentauhidkan Allah melalui tauhid uluhiyyah, kita dituntut menghadapkan segala jenis ibadah hanya kepada Allah dan membersihkan hati dari selain Allah dalam melaksanakan semua ibadah tersebut.Di ataranya ialah :
1. Wajib mengikhlaskan kecintaan hanya kepada Allah.Ia tidak menjadikan cintanya
terhadap sesuatu setanding dengan cintanya kepada Allah.
2. Wajib mengesakan Allah dalam doa,tawakal dan harapan yang hanya Allah saja yang
mampu melaksanakannya.
3. Wajib mengesakan Allah dalam rasa takut hanya kepadanya.
4. Wajib mengesakan Allah dalam semua jenis ibadah sama ada ibadah jasmani seperti
solat,puasa, tawaf dll dan semua ibadat perkataan seperti nazar, istigfar dan
lain.lain.


Pendekatan Amali Untuk Memantapkan Akidah

Di bawah ini akan disenaraikan beberapa langkah amali yang boleh dipraktikkan dalam usaha memantapkan akidah dikalangan anak didik hari ini.Antaranya ialah :

1. Amalam bertafakur - Membaca serta mentadabur ayat-ayat Alquran yang mengajak
kita supaya berfikir tentang keagungan dan kebesaran ilahi melalui penciptaan
alam semesta ini.
2. Bersiar-siar dan melawat ke seluruh alam sambil memerhati keajiban dan keunikan
kejadian ilahi.
3. Menonton filem dokumentari yang mampu menjelaskan tentang keagungan dan
kebesaran Allah serta sentuhan sains dalam al-quran dalam membantu memahami
tanda-tanda kebesaran ilahi.
4. Sentiasa bertafakur tentang keunikan penciptaan manusia dan kehebatannya.
5. Membaca buku-buku yang boleh menyuburkan iman.
6. Membentuk budaya atau biah yang boleh sama-sama membantu meningkatkan iman.

Tiada ulasan: