08 Jun 2010

Isu Al Quds ,Masjid Al-Aqsa dan Palestin : Antara Isu Umat Islam Sejagat VS Isu Kemanusiaan

Pendahuluan

Ianya adalah isu yang berlarutan dan memberikan impak kepada umat diseluruh dunia tanpa mengenal sempadan geografi ,warna kulit, agama dan sebagainya.Ia adalah isu islam dan umat islam.Ia adalah isu iman dan keyakinan terhadap ketinggian islam sebagai agama tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.Masyarakat dunia menganggap ia adalah isu kemanusiaan.Isu yang patut dikongsi bersama oleh seluruh umat manusia tanpa mengira pegangan akidah dan kefahaman.


Kronologi Sejarah

Apabila kita menelusuri penulisan sejarah , kita dapati bahawa Isu Al-Quds,Masjid Al-Aqsa dan Palestin adalah isu yang memiliki susur-galur yang amat rapat dengan serah umat Islam itu sendiri.Tafsir Al-Qur’an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).Kemudian ianya terus berkembang menjadi penempatan generasi selepasnya seperti nabi Ismail,Nabi Yaakob,Nabi Yusuf ,Nabi Musa dan ramai lagi para ambia terdahulu.

Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai dengan kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi.

Sejarah penubuhan negara Israel bermula pada akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.Usaha ini diteruskan pada tahun 1896 oleh Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.

Selepas kejatuhan kerajaan islam Uthmaniah pada 1914,diikuti dengan pengistiharan Deklarasi Balfour pada 2 Nov 1917 telah memberi peluang kepada orang yahudi untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).Bermula dari detik ini yahudi dengan pertolongan Amerika dan sekutu-sekutunya telah berjaya merampas bumi palestin dan mengusir penduduk asal Paletin yang menganut agama Islam keluar dari tanah air mereka sendiri.Hari ini,rakyat palestin menjadi pelarian dikhemah-khemah bersempadan dengan Jordan,Lubnan,Mesir dan lain-lain lagi. Israel terus bermaharajalela merampas tanah air mereka,rumah mereka dirobohkan,tanam-tanama mereka di rosakan.Lebih tragis lagi ialah apbila merek berusaha membakar Masjid Al-Aqsa , menggali trowong di bawahnya yang akan menyebabkan masjid Al-Aqsa menunggu masa untuk roboh dengan sendirinya.

Adakah Ia Isu Kemanusiaan atau Isu Ummat Islam Sejagat ?

Justeru ini ,sama ada Isu Palestin.Isu Al-Aqsa atau isu Masjid Al-Aqsa kini bukan sekadar isu kemanusiaan sejagat tapi lebih dari itu ia adalah isu umat Islam sejagat.Di bawah ini disenaraikan beberapa kelebihan Palestin yang didalamnya terletak Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa di hati umat Islam.

1. Masjid Al-Aqsa Merupakan Masjid Kedua di Bina Selepas Masjidil Haram
Didalam satu hadis dari Abu Dzar Al-Gifari ia berkata, aku bertanya kepada Rasulallah SAW, masjid apa yang paling pertama dibangun di muka bumi ini ?. Rasul menjawab, Masjid Al-Haram. Kemudian apa ? Lalu Masjid Al-Aqsa. Abu Dzar bertanya lagi, berapa tahun antara keduanya ? Nabi menjawab, 40 tahun. (Muttafaq Alaih).
2. Masjid Al-Aqsa Merupakan Qiblat Pertama Umat Islam
Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam kerana inilah kiblat yang ditujukan oleh nabi kita (s) dan para sahabat selama 17 bulan semasa mereka berada di Madinah. Sehinggalah Allah swt menurunkan ayat al-quran :
{قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ} البقرة: 144
Maksudnya: Kami melihat wajahmu (Muhamad) sering merenung kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau ingini, maka hadapkanlah wajahmu kearah masjidilharam. Dan dimana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu kearah itu. Dan sesungguhnya orang orang yang di beri kitab (Taurat dan injil) tahu. Bahawa itu adalah kebenaran dari tuhan merek, dan Allah tidak akan lalai tentang apa yang sedang mereka lakukan
3. Solat Didalam Masjid Al-Aqsa Bersamaan 500 Solat DiMasjid Lain
Fadilat solat didalam masjd ini bersamaan 500 solat dimasjid lain, Sabda rasulullah (s):
«الصلاة في المسجد الحرام بمائة ألف صلاة والصلاة في مسجدي بألف صلاة، والصلاة في بيت المقدس بخمسمائة صلاة»
Ertinya : kelebihan Solat didalam masjdil haram bersamaan dengan 100,000 solat (ditempat lain) , dan solat didalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid al-Aqsa bersamaan 500 solat)) riwayat tabrani
4. Tiga Masjid Yang DiGalakan Untuk Ziarah
Ia salah satu daripada tiga masjid yang digalakan untuk mengunjungi. Sepertiman sabda rasulullah (s) bersabda:لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام ومسجدي هذا، والمسجد الأقصى.
Ertinya: Tidak digalakan bermusafir kecuali kepada tiga buah masjid, iaitu : masjid al-haram, masjid ku ini (Madinah) dan masjid Al-Aqsa
5. Tempat Berlakunya Perisitiwa Israk dan Mikraj Dan Bumi Yang Di Berkati
Palestina, Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa berada pada kedudukan dan tempat yang terhormat di hati kaum muslimin seluruh dunia. Islam telah menempatkan dan menambah kemuliaan bagi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa melalui ungkapan ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkannya sebagai negeri penuh berkah dan suci.
{ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ} الإسراء/1
Maksudnya: Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambanya (muhamad) pada waktu malam dari masjil haram ke masjid al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya tanda tanda kebesaran kami, sesungguhnya dia maha mendengar, maha melihat.
Kemuliaan dan penghormatan pun semakin bertambah dengan Isra Rasulullah SAW, dimana beliau menjadi imam solat bagi para nabi dan rasul AS di Masjid Al-Aqsa. Hal ini menegaskan bahawa Islam adalah kalimat Allah terakhir bagi manusia sekaligurs menunjukkan bahawa Shibghah (warna) terakhir bagi Al-Aqsadi dalam Syariat Allah adalah Shibghah Islam hingga hari Kiamat, maka jelaslah bahawa Al-Aqsa menjadi milik ummat ini. Semua itu diabadikan dalam puncak kefasihan firman-Nya: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya dimalam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati…
Dan saat ini, Al-Quds dan Palestina yang diberkahi menjadi tawanan tangan-tangan Yahudi yang membuat luka mendalam di hati setiap Muslim, menyuburkan kerinduan untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan melakukan solat di dalamnya.
Apa Perana Kita Sebagai Umat Islam Hari Ini ?
Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana?
Saya petik pendapat Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin ,Perunding Aman Palestin dan Aktivis ISMA berkata, berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya:
1. Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya.
2. Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidak-tidaknya.
3. Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya.
4. Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid Al Aqsa dan Palestin.
5. Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya.
Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini, adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudara-saudara kita di sana adalah sebahagian daripada kita?
Persoalannya Apa Peranan Kita ?
Saya juga sempat melihat blog seorang sahabat : http://nalurikembara.blogspot.com/.Beliau turut menimbulkan beberapa persoalan yang perlu dijawab dengan penuh sedar oleh seluruh umat Islam hari ini kalau mahu isu ini berakhir dengan jayanga atau membantu mempercepatkan proses pembebasan sepenuhnya bumi Palestin dari cengkaman Yahudi.
Persoalannya: Apakah peranan yang mampu kita laksanakan sebagai seorang Muslim? Disini ada beberapa cadangan yang boleh kita ambil dalam kapaisiti kita yang terhad:
• Membenci sebenci-bencinya tindakan Israel laknatullah ini. Bukan sahaja dengan membenci, kita harus bercakap akan kebencian kita terhadap tidak tanduk Israel kepada linkungan rakan-rakan supaya arus kebencian kepada Israel ini tidak padam dan terus berkembang.
• Berani untuk TIDAK memilih barangan yang mempunyai kepentingan ekonomi kepada Israel. Senarai barangan ini dapat dilihat di: www.muslimconsumer.org.my/ppim
• Tarbiah ahli keluarga kita supaya tidak terpengaruh dengan media yang memperkecilkan tindakan Israel ini
• Ambil tindakan menyokong aktiviti-aktiviti membantu saudara-saudara kita di Palestin. Antaranya program "Fast for Palestine" yang boleh dilaksanakan di rumah bersama-sama ahli keluarga. Perbelanjaan sekolah dan makan pada hari itu disalurkan ketabung-tabung bantuan kemanusiaan Palestin
• Gunakan media sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain untuk terus berbicara tentang Israel dan Palestin. Mainkan peranan untuk mengajak ahli media sosial kita untuk melaksanakan peranan kita sebagai Muslim
• Meminta pertolongan Allah membantu aktivis bantuan kemanusian yang sedang dalam tahanan Israel. Ajak ahli-ahli keluarga berdoa & bersolat hajat setiap hari. Jika ada diantara kita yang mempunyai pengaruh keatas surau-surau atau masjid-masjid di tempat kediaman kita, minta diadakan solat hajat, qunut nazilah dan doa kepada Palestin serta aktivis bantuan kemanusiaan.
• Hadir memberi sokongan dalam demonstrasi membantah tindakan Israel.
Marilah kita bersatu hati sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan hamba Allah SWT untuk membantu saudara seIslam kita di Palestin dimana terletaknya Kiblat pertama kita supaya Masjidil Aqsa terus selamat dan dihormati.Persoalannya: Apakah peranan yang mampu kita laksanakan sebagai seorang Muslim? Disini ada beberapa cadangan yang boleh kita ambil dalam kapaisiti kita yang terhad:
• Membenci sebenci-bencinya tindakan Israel laknatullah ini. Bukan sahaja dengan membenci, kita harus bercakap akan kebencian kita terhadap tidak tanduk Israel kepada linkungan rakan-rakan supaya arus kebencian kepada Israel ini tidak padam dan terus berkembang.
• Berani untuk TIDAK memilih barangan yang mempunyai kepentingan ekonomi kepada Israel. Senarai barangan ini dapat dilihat di: www.muslimconsumer.org.my/ppim
• Tarbiah ahli keluarga kita supaya tidak terpengaruh dengan media yang memperkecilkan tindakan Israel ini
• Ambil tindakan menyokong aktiviti-aktiviti membantu saudara-saudara kita di Palestin. Antaranya program "Fast for Palestine" yang boleh dilaksanakan di rumah bersama-sama ahli keluarga. Perbelanjaan sekolah dan makan pada hari itu disalurkan ketabung-tabung bantuan kemanusiaan Palestin
• Gunakan media sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain untuk terus berbicara tentang Israel dan Palestin. Mainkan peranan untuk mengajak ahli media sosial kita untuk melaksanakan peranan kita sebagai Muslim
• Meminta pertolongan Allah membantu aktivis bantuan kemanusian yang sedang dalam tahanan Israel. Ajak ahli-ahli keluarga berdoa & bersolat hajat setiap hari. Jika ada diantara kita yang mempunyai pengaruh keatas surau-surau atau masjid-masjid di tempat kediaman kita, minta diadakan solat hajat, qunut nazilah dan doa kepada Palestin serta aktivis bantuan kemanusiaan.
• Hadir memberi sokongan dalam demonstrasi membantah tindakan Israel.
Marilah kita bersatu hati sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan hamba Allah SWT untuk membantu saudara seIslam kita di Palestin dimana terletaknya Kiblat pertama kita supaya Masjidil Aqsa terus selamat dan dihormati.

Tiada ulasan: