13 Mei 2010

Jaulah Tautan Ukhwah Ke Utara.. Masam-manis sepanjang perjalanan....1

Tarikh 29 April 2010 adalah hari yang paling bermakna dalam hidup.Tarikh yang mencatatkan seribu pengetian sebuah persabahatan yang bernama ukhwah.Seusai usrah pada tarikh 28 April di rumah Ustaz Abdul Rahim ( Abuya ) ,Asraf Wahab atau panggilan UP dah tak sabar untuk berbincang tentang Rehlah Tautan Ukhwah ke Utara.Malam tu yang datang ialah Asraf Wahab,Asraf Mohamad,Asraf Azmi,Radzhi @ Haji Radzhi ,Din Merbau Pulas,Saiful Nizam, Cek Mat,Syafiq Kapak,Arif.Malam tu bincang sakan .Ustaz bentang tentatif program .Semuanya seronok dah tak sabar nak berjaulah .Semua boleh ikut serta kecuali Radzhi @ Haji radzhi (kerana nak periksa STAM ) Asraf Mohamad ( Mak tak bagi pi sebab nak kena balik PLKN ) dan Arif sebab ada keluarga jauh nak datang rumah.Selepas bincang terus makan-makan sambil dengar cerita Abang Ridhuan Ali ( saintis muda ) cerita tentang kehidupan semasa dia belajar di Australia.Cita tentang Fraiday Night. Masing-masing terlopong mendengar cerita yang amat bermanfaat
.

Tanggal 29 April 2010
Pagi tu bersiap sakan sebagai persiapan nak pi Jaulah tautan ukhwah.Lepas sekolah terus pergi ke Gaint Kulim meninjau ayam nak buat BBQ di Pantai Merdeka.Mula nak pi beli di Tasek Junjung tapi dah tak sempat.Beli empat ekor ayam BBQ.Saiful janji nak buat perencah ayam ala Padang Serai.Saya cuba buat sendiri campur perasa yang dibeli di Gaint tadi.Harap-harap sedar sebab nak mintak tolong isteri buat perencah pun dia sibuk latihan rumah sukan.Asraf tanya sapa buat perencah ustaz ? Saya hanya jawab Ustazah la buat.Bukan pa tak mau habaq takut tak sedap.Mungkin ini khidmat terakhir untuk mereka.Sebenarnya mereka ni telah menghabiskan hamper 4 bulan belajar bahasa arab melalui Al-Quran.Dari program belajar bahasa arab menggunakan Al-Quran Al-Syamil ( Terjemahan Per-kata ) bertukar menjadi Usrah mingguan.Ditambah dengan tazkirah dan hadis 40.Perjalanan setiap minggu Rabu malam khamis.Selalunta mereka akan datang magrib bersama dan bagi tazkirah kepada pelajar asrama.Tempoh yang banyak membina jati diri dan membentuk ukhwah.Din Merbau Pulas sanggup naik motor dengan jarak 35 km kemudian sekali pergi ambil Cik Mat di Batu Putih yang jaraknya lebih 25 km.Selalunya depa tak balik malam tu lepas usrah .Mereka akan menumpang bermalam dirumah Abang Zaimi.Itulah hebatnya anak –anak muda harapan bangsa ni.
Jam 6.15 petang kami bertolak dari SMK Taman Jelutong dengan sebuah van PBY 8651 dan sebuah kereta Wira milik ayah Fikri Mohsein.Jumlah semua van 6 orang dan kereta 5 orang.Zaimi yang sepatutnya bertolak bersama terpaksa undur diri kerana masalah keluarga yang tak dapat di elakkan.Jadi yang hadir ialah Asraf Wahab,Asraf Dato Azmi,Fikri Mohsen,Fikri Ahmad @Che Mat,Saiful Nizam,Saiful Anwar,Zainal Abidin,Syafiq Kapak,Din Merbau Pulas,Hazwan dan Ustaz Rahim ( Abuya ).
Jaulah kami menyusuri jalan Ekor Kucing melalui Pinang Tunggal dan solat magrib di Masjid Tikam Batu.Selepas solat kami pergi kedai cina beli lampu suluh untuk pasang khemah nanti di Pantai Merdeka.Sekitar jam 8.45 malam jaulah kami sampai di Pantai Merdeka .Ada kumpulan yang pasang khemah ( ada 3 khemah ) dan ada yang membuat persiapan untuk BBQ empat ekor ayam.Malam tu makan ayam BBQ sakan habis lincin dengan gelak-ketawa kerana ini mungkin pertemuan terakhir kami kerana selepas ni ,masing-masing akan menjejak kaki kemenara gading. Asraf dan Zainal dah dapat tawaran ke Matrik Perlis buat akaun,makala yang baki penuh suspen menunggu keputusan UPU pada 1 Mei.Kapak pula mengimpikan nak buat asasi law di USIM.Manakala Cek Mat masih bersedih kerana harapan nak masuk Matrik berkecai kerana nama tak dak dalam computer .Dah buat rayuan tapi kena tunggulah kalau ada rezeki.

Ayam bakar BBQ hem… sedap…
Tengah malam di Pantai Merdeka
Malam itu agak panas dan sekali sekala ada tiupan angin laut.Lepas makan BBQ ada yang ronda-ronda dan ada yang mula berehat.Malam tu tak boleh tidur kerana cuaca panas dan nyamuk pula dating menyerang.Walaupun dah pasang ubat nyamulk tiga lingkaran tapi nyamuk tak lut.Ustaz rahim lari naik tidur dalam van.Kapak dan kawan-kawan tidur di surau.Manakala Asraf Dato Azmi dan lain sembang sampai pagi tak tidur.Suasana di Pantai Merdeka di waktu malam macam siang hari.Lagi larut malam lagi ramai orang dating.Ada yang datang memancing ikan,ada yang sekadar inigin menyedut udara bersih ditepi pantai.Tak kurang juga gelagat anak muda berpasangan dan berpegangan dengan bukan mahram.Masyaaalah aap nak jadi dengan pemuda-pemudi harapan bangsa ??????

Gambar Zainal ( Matrik Perlis ),Sir Hazwan ( Tesl ),Asraf Wahab ( Matrik Perlis ) dan Asraf Dato Azmi ( MMU asasi Undang-Undang )
Subuh kami semua solat berjemaah.Lepas buka khemah dan bersiap nak ke Sungai Petani kerana Ustaz Dr Reduan offer nak sedia sarapan.Apa lagi save la duit makan.Plan nak singgah di Kuala Muda nak tengok kesan Tsunami tapi terpaksa dibatalkan kerana dah kesuntukan masa.8.00 kena ada di Surau rumah Ustaz Dr Reduan sebab lepas tu nak lawan bola sepak pula ngan guru pelatih IPSAH.


Bergambar bersama antara Sukarelawan PEMBINA Kulim dengan PEMBINA S.Petani.

Lepas sarapan terus ke IPSAH lawan bola.Rupanya malam tadi PEMBINA Sungai Petani Qiammulalil pastu lawan bola.Perlawanan pagi tu agak meletihkan dan pasukan kami tewas 6 -2.Lepas main dan tangkap gambar bersama.Rupanya semua pemain adalah group BADAR.
Semua letih terkehe kerana malam tu tak tidur dan faktor dah 4 bulan tiduq makan tiduq makan macam ayam daging sebab tu semua kena sembelih.

Di Pusat Pernaginan TUPAH

Lepas letih main bolasepak dan kalah teruk pulak tu.Ada yang bagi idea nak mandi di Tupah.11.00 pagi bertolak dari IPSAH dan sampai di Tupah jam 12.00 tengahari.Pergi ronda-ronda cari tempat dan akhirnya berhendi di satu tempat mandi persendirian.Bila dah Nampak air ,ada yang dah terjun.Pakcik jaga kolam tegur “ adik tak baca arahan ka ? Rupanya seorang kena bayar RM 1.00 untuk mandi.Pakcik tu katanya sewa dari Jabatan Saliran .Katanya kapak belanja untuk 11 orang.Maklum la besok nak tunggu UPU apa salah belanja kawan kot-kot berkat doa kawa.
Siap dengan tangkap gambar dan pertandingan lawan selam paling lama.Akhirnya pemenang ialah Ustaz Rahim.Sekitar jam 1.00 tengahari kami bertolah melalui jalan ke Bedong.

Sampai Bedong berhenti sat nak isi minyak.Din Merbau Pulas @ Melbornen kena gigit pacat.Beli plaster tapi tak tahan juga darah keluar makin banyak.Lepas tu kami bertolak ke Perli melalui jalan lama Sungai Petani ke Alor Star.Konon nak jimat duit tol.Yang naik van dengan special siikt sebab duit minyak dengan tol ditangung oleh Ustaz Rahim Cuma makan sendiri.Group naik Wira kena kmupul duit minyak.Sampai di pekan Jitra Up Wahab mesej Tanya nak makan di mana ???

Bersambung…………………………………….Asraf Dato Azmi masuk Hospital …………………….

Tiada ulasan: