16 April 2010

MERAIH KEBERKATAN BANGUN SEBELUM SUBUH

MERAIH  KEBERKATAN BANGUN SEBELUM SUBUH

Jarang orang memperkatakan tentang “ Meraih Keberkatan Bangun Sebelum Subuh “. Sekiranya diteliti dengan penuh sedar,ternyata ianya amat berharga bagi orang yang pandai menghargainya.Keajaiban waktu subuh kurniaan allah ini sepatutnya menjadi rebutan semua manusia yang berakal.Waktu subuh sebenarnya memiliki keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan waktu-waktu lain.Dengan suasana yang hening dan nyaman diselang-seli dengan kokokan ayam dan desiran suara unggas membuatkan pencari keberkatan waktu subuh akan menikmati kedamaian yang tersendiri.


Sebenarnya banyak kelebihan yang akan diperolehi sekiranya kita cuba menyelami erti sebenar keberkatan sebelum dan selepas subuh.Antara yang akan di tulis ialah :

i. Dapat melakukan ibadat sunat yang amat ditutut selepas solat fardhu iaitu berqiamullalil dan
   diakhiri dengan  solat witir.Ketika ini keadaan fizikal dan mental masih stabil akan membantu
   mengurangkan strees.

ii. Masa yang amat sesuai untuk bermuhasabah diri terhadap kekurangan yang lalu agar dapat
    disempurnakaN atau kelebihan yang dilakukan agar diteruskan dengan penuh rasa keinsafan.

iii. Kesegaran udara pagi segar dan kaya dengan oksigen amat baik untuk kesihatan dan kecerdasan
    minda .80 % orang yang berjaya mengamalkan bangun seawall pagi.

iv. Suasana yang tenang membantu para pelajar dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih tenang
     dan kondusif

v. Satu-satunya waktu yang paling hampir dengan Allah. Malaikat akan mencari orang yang 
    memohon ampun akan diampunkan dosa,yang memohon pertolongan akan diberikan
    pertolongan,yang meminta sesuatu  niscya akan dimakbul permintaan hambanya.

vi. Tanda kesyukuran tak terhingga hamba kepada penciptanya yang telah memberikan peluang
      untuk hidup setelah dimatikan dengan memulakan hari baru dengan amal ibadah kepada Allah.

vii. Memupuk sifat sabar dan tabah apalagi ketika itu, orang lain asyik dibuai mimpi indah
       sedangkan kita bangun meredah kesejukan pagi demi beribadah kepada Allah

viii. Mencapai kesempurnaan dalam ibadat wajib yang pertama iaitu solat subuh.Kita dapat
        kemasjid dalamkeadaan yang tenang,solat tahiyatul masjid,solat sunat sebelum subuh
        dan dapat meraih takbir pertama bersama imam.

ix. Menyusuli selepas subuh yang dengan amalan zikir memuji Allah rabulalamin sehingga
     terbit matahari.Memanfaat kuliah subuh,taalim sebagai peringatan awal sebelum memulakan
     kerja-kerja seharian yang menjanjikan pulangan pahala yang banyak jika diniatkan kerana
    Allah dan mengikut landasan yang  ditentukan oleh syarak.

Sesungguhnya generasi terawal di bawah pimpinan rasulullah sentiasa merebut peluang yang banyak dengan bangun awal sebelum subuh.Tidak hairanlah kalau diawal risalah islam ,Allah telah mewajibkan Nabi dan para sahabat bangun di awal pagi sebagai usaha membina generasi harapan yang bakal memipin umah  dengan cahaya nur islam.Diantara amalan salafussoleh yang patut di teruskan oleh generasi hari ini seperti di bawah :

1. Nabi Muhammad s.a.w memanfaatkan waktu sebelum subuh dengan bangun untuk berqiamulalil
    setiap malam.Baginda sentiasa istiqamah dalam beribadat hingga bengkak kaki kerana lamanya
    berdiri kerana beribadat kepada Allah.Nabi juga akan memastikan semua ahli keluarga termasuk
    anak menantunya bangun sebelum subuh untuk meraih keberkatan dan kemulaiaan.

2. Seorang alim yang terkenal ,Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah diriwayatkan sentiasa bangun sebelum
    subuh untuk beribadat dan berada di atas tikar selepas solat subuh sambil berzikir sehingga terbit
    matahari dan diteruskakan dengan solat sunat dhuha.

TIP-TIP UNTUK BANGUN SEAWAL PAGI.

Mari kita cuba tip di bawah insyaalah membantu dan memudahkan kita untuk bangun seawal pagi demi meraih keberkatannya.Antaranya ialah :

1. Amalkan tidur awal dengan berbaring dan berselimut sambil membaca bacaan ringan atau pun
    berzikir dengan bertahmid,bertakbir dan bertasbih kepada Allah .

2. Elakan menoton television didalam bilik tidur dan berhenti melayari internet seawal 
    jam 11.00 malam agar anda tidak terus larut hingga seawall pagi.

3. Hindari amalan meminum minuman yang dikenalpasti mempunyai banyak kafein
    sepertimana gesaan yang dibuat oleh Imam Hassan Al-Banna agar menjauhi minum kopi dan teh.

4. Elakan dari makan makanan yang berat serta banyak lemak.Amalkan makan hidangan malam
    dengan mengambil sup, sayuran dan lain-lain yang kurang lemak.

Beberapa tip yang menjadi amalan seorang muslim seperti yang diajar oleh nabi kita antaranya ialah :

• Ikhlaskan niat untuk bangun awal pagi untuk bekerja. Bekerja juga dikira sebagai ibadah jika kita
  niatkan kerana Allah.

• Merasakan dalam dirinya tuntutan bangun awal kerana Allah s.w.t mengkehendakinya bangun
  awal untuk berqiamulail.

• Mengetahui Kelebihan Bangun Awal.

• Mengkaji cara hidup generasi as-salaf al-soleh yang sentiasa bangun awal.

• Membiasakan untuk tidur mengiring di atas sebelah kanan tubuh.

• Mengambil Wuduk sebelum tidur

• Masuk tidur awal.

• Membiasakan beramal dengan zikir, wirid dan doa sebelum tidur.

• Membiasakan untuk tidur sebentar pada waktu tengahari (sebelum zohor) yang dinamakan
   tidur Qailullah untuk mendapatkan kekuatan bangun awal.

• Mengurangkan makan berlebihan.

• Bermujahadah iaitu melawan hawa nafsu yang ingin tidur berlebihan.

• Menjauhi Maksiat kepada Allah s.w.t

• Menghukum diri dan memuhasabahnya jika ia cenderung untuk tidur berlebihan.

Tiada ulasan: