10 April 2010

Mendidik adalah kerja yang mulia.

Alhamdulillah ,hari ini hampir 18 tahun allah telah memilih saya menjadi pendidik.Mengimbau detik-detik lalu,terkenang kisah lama semasa menjejak kaki sebuah sekolah menengah berasrama penuh agama yang tersohor.Tempat yang menjadi impian sejak dibangku sekolah rendah lagi.Dengan berbekalkan keputusan SRP ( 14 aggaregat )yang tak seberapa,alhamdulillah saya bersama seorang teman ( sekarang Ustaz Fauzi Baharom ) kami telah dipilih ke Kolej islam Kelang ( KIK ) sekarang KISAS menjadi duta Sekolah Menengah Agama Raudhatul Ulum,Langgar,Alor Setar Kedah.Seukar nak digambarkan ketika satu pagi semasa perhimpunan pagi,tiba-tiba nama kami diumumkan oleh Tuan Mudir untuk tampil kehadapan menerima borang tawaran tersebut.Tiada ucapan yang dapat di luahkan kecuali Alhamdulillah yang tak terhingga kerana impian kini telah menjadi kenyataan.

Tiada ulasan: