30 Julai 2011

MEMPRAKTIKKAN PUASA IKUT CARA NABI

                                  MEMPRAKTIKKAN PUASA IKUT CARA NABI


                     Ramadan tiba lagi.Kehadirannya amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Berbagai istilah dan jololkan tentang Ramadhan contohnya Madrasah Ramadhan, Akademik Ramadan dan lain-lain yang menggambarkan bahawa Ramadan adalah bulan mulia yang mampu memproses dan mendidk manusia mencapai objektifnya iaitu darjat “ Takwa “.Terdapat banyak ayat al-quran dan hadis yang menjelaskan tentang pelbagai kelebihan bulan Ramadan antaranya dalam surah Al-Baqarah, ayat 184, “ Berpuasa itu lebih baik bagi kamu ,sekiranya kamu mengetahui “.Sesungguhnya berpuasa itu bukan membenankan bahkan orang beriman menganggap sebagai peluang dan tawaran yang terbuka luas dari Allah untuk hambanya.


Dibawah ini saya akan menyenaraikan beberapa khabar gembira dari Allah kepada orang yang berpuasa di bulan Ramadan antaranya ialah :

1. Allah akan mengampunkan dosa-dosa yang telah lalu.

Sabda Nabi S.A.W : Dari Abu Hurairah r.a.berkata.Telah bersabda Rasulullah (saw) “barangsiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan,diampunkan oleh Allah dosanyanya yang telah lalu.

2. Menjadi perisai daripada pengaruh syaitan dan nafsu syahwat.

Sabda Nabi S.A.W : Wahai para pemuda! Sesiapa diantara kamu yang mampu berkahwin,maka kamu perlu berkahwin.Ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.Sesiapa yang tidak mampu,dia perlu berpuasa kerana ia dapat menjadi perisai baginya.

3. Kurniaan sy afaat dan masuk syurga melalui pintu Rayyan.

Abdullah bin Amru berkata,nabi telah bersabda :Puasa dan al-quran member syafaat kepada hambanya pada hari kiamat.Berkatalah puasa :Wahai tukanku,aku telah menghalangnya dari makan dan minum pada siang hari ,maka syafaatku kepadanya……

Orang yang berpuasa juga akan masuk kedalam syurga melalui pintu yang dipanggil Rayyan.

4. Ganjaran pahala tanpa had bagi orang yang berpuasa.

Abu Hurairah melaporkan,nabi telah bersabda :Allah berkata :Setiap amalan anak Adam itu baginya ganjaran pahala yang ada had kecuali puasa.Ini kerana puasa itu bagiku dan aku yang member balasannya.

Justeru itu,sewajarnya umat Islam hari ini perlu berusaha bersungguh meningkatkan lagi kualiti puasa mereka pada tahun ini ,supaya objektif dari berpuasa itu akan dapat di capai dan dihayati dalam kehidupan harian.Bagi ahli ISMA khususnya, dengan berpuasa,ianya bukan saja telah menunaikan sebahagian dari kewajipan sebagai hamba Allah,tetapi ianya merupakan terapi yang penting untuk membentuk insan bertakwa dan merupakan bekalan dijalan dakwah untuk memotivasikannya untuk bergerak maju memimpin ummah seluruhnya agar menjadi hamba yang tunduk kepada Allah dan menjadikan Islam sebagai manhaj kehidupan.

Bagi merealisasikan tuntutan di atas,Biro Tarbiah ISMA telah merangkan beberapa tip dan saranan untuk membantu dan memandu ummat islam seluruhnya dan ahli ISMA khasnya memperolehi manfaat yang besar setelah sebulan melalui proses pentarbiahan di bulan Ramadan pada tahun ini.Ianya meliputi saranan kearah pembentukan peribadi muslim takwa, aktiviti sosial dan kemasyarakatan dan lain-lain lagi.

1. Aktiviti sepanjang Ramadan  kearah pembentukan Insan Mukmin dan Muttaqin

i. Bersahur dan melewatkan sahur.

Anas bin Malik melaporkan,Zaid bin Thabit menceritakan :Kami makan sahur bersama Rasullah,kemudian beliau bangun solat.Aku bertanya:Berapa lama tempoh antara azan dan sahur? Beliau menjawab:Kira-kira membaca 50 ayat al-quran.

ii. Bertadarus Al-Quran dan Tilawah Al-Quran

Bertadarus ialah membaca Al-Quran sambil disemak oleh orang lain.Sabda nabi : Jibril berjumpa dengan nabi setiap malam pada bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu.Beliau memperdengar bacaan al-quran kepadanya.

Ahli ISMA perlu membudayakan amalan ini sama ada bertadarus di Masjid , surau ataupun bertadarus bersama keluarga dan mengkhatam 30 juzuk Al_quran.Disamping itu,ruang masa yang ada juga boleh dipenuhkan dengan tilawah atau berzikir kepada Allah.

iii. Memperbanyakkan bersedekah pada bulan puasa.

Ibnu Abbas melaporkan :Nabi Muhammad adlah orang yang pemurah ,dan beliau lebih pemurah pada bulan Ramadan.Justeru bagi mengikuti jejak rasulullah ,ahli ISMA semua disarankan agar menyediakan tabung-tabung disetiap rumah khususnya tabung khusus untuk umat Islam di bumi Palestin.Setiap ahli keluarga memperuntukan RM 1.00 sehari atau menjadikan belanja untuk sarapan pagi dan makan tengahari untuk disedekahkan kepada orang yang amat memerlukannya.

iv. Berbuka dengan rutab,tamar ataupun air

Anas bin Malik melaporkan :Rasulallah berbuka puasa dengan beberapa biji rutab( buah kurma yang masih basah)Sebelum menunaikan solat.Sekiranya tiada rutab,beliau berbuka dengan kurma.Sekiranya tiada kurma,beliau minum beberapa teguk air.

v. Menjamu orang berbuka puasa

Dari Zaid bin Yazid ,Nabi pernah bersabda : Sesiapa yang menjamu orang berbuka puasa,baginya pahala sama seperti pahala orang yang dijamu itu.Tidak dikurangkan sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa itu. Ganjaran pahala dari amalan ini tidak patut di tinggalkan kerana ia bukan saja penting untuk kita tapi salah satu cara memupuk semangat ukhwah dan kasih-sayang dalam hidup bermasyarakat.Tetapkan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu menjamu orang berbuka puasa bersama.

vi. Solat Terawih berjemaah di masjid atau surau

Dari Abu Hurairah,nabi pernah bersabda ;Sesiapa yang (menghidupkan malam) Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan,diampunkan segala dosa yang telah lalu.Justeru itu, selepas sehari suntuk disiang hari berpuasa,maka umat Islam dianjjurkan supaya menunaikan solat terawih pada malamnya sama ada 20 rakaat atau pun 8 rakaat.Bagi yang mampu, digalakkan bangun dipenghujung malam untuk berqiamulalil dan bermunajat kepada Allah.

vii. Beriktikah pada 10 hari terakhir Ramadhan.

               Amalan ini adalah sebagai mencontohi nabi (saw) melalui Sabdanya yang bermaksud :Nabi selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan sehingga beliau wafat.Kemudian isteri-isteri beliau beriktikaf selepas kewafatannya.Bagi merealisasikannya ISMA Kepala Batas akan menganjurkan Iktikaf 10 akhir Ramadan bermula 19 Ogos jam 5.00 petang dan berakhir pada 21 ogos jam 2.00 petang di Masjid Tengah ,Tanah Liat,Bukit Mertajam.Disamping itu,ahli ISMA juga dianjurkan untuk menghidupkan baki akhir 10 Ramadan dengan beriktikaf sekurang-kurangnya bermula jam 12.00 tengah malam hingga subuh dan terus ketempat kerja masing-masing.Diantara masjid-masjid yang disyorkan ialah Masjid Bertam,Masjid USM dan Masjid Makmur Kulim.

2. Beberapa aktiviti tambahan yang boleh mengeratkan meningkatkan lagi kualiti puasa individu sekaligus merapatkan hubungan sosial dalam masyarakat seperti berikut:

i. Membaca ma`thurat pagi petang seminimanya wazifah sughra.

ii. Memastikan Subuh, Maghrib dan Isyak berjamaah di masjid. Solat dhuha setidaknya dua rakaat (gantikan waktu sarapan dengan solat dhuha)

iii. Membaca sirah Rasulullah s.a.w. sekurang-kurangnya berkenaan Nuzul Quran (penurunan wahyu), Badar Kubra dan Pembukaan Mekah.

iv. Menggalakan Isteri dan anak-anak bertadarus dengan anak-anak jika sesuai berbuat demikian.

v. Menghantar ucapan berpuasa kepada sanak saudara, jiran dan rakan taulan ( Rabtul ‘am)

vi. Berpakat dengan pihak masjid atau surau mengadakan program mengingati Nuzul Quran/Badar Kubra.

Semoga Ramadan kali ini benar-benar dapat dirasai kesannya selepas berlalunya Ramadhan.Apa yang penting ialah semua amalan baik sepanjang Ramadan itu dapat diteruskan di luar Ramadan.

Ustaz Abdul Rahim Sudin

Pengerusi,
Biro Tarbiah ISMA Pulau Pinang.
28 Julai 2011.
Teratak Mawaddah
F,Rumah Warden,
SMK Taman Jelutong,09000 Kulim, Kedah







Tiada ulasan: