30 Julai 2011

Malam Pertama DiBulan Ramadhan

                                                   Malam Pertama Di Bulan Ramadan

                                         Ustaz Abdul  Rahim Bin Sudin,
                                         Pengerusi,
                                         Biro Tarbiah ISMA  Pulau Pinang.

                   Gelaran " Takwa " seperti janji Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 181  hanya dapat dituai dipenghujung Ramadan oleh orang yang berjaya melepasi malam pertama dibulan Ramadan dengan jayanya.Justeru wahai pemburu Takwa,hendaklah sentiasa berwaspada dan bersiap siaga untuk melepasi malam pertama di bulan Ramadan ini.Justeru pentingnya malam pertama di bulan Ramadan ini, saya akan memberikan beberapa tip atau petua yang mudah agar kita dapat menempuh malam pertama dengan
penuh makna.
                   Tip dan petua yang diberi meliputi persiapan sebelum, semasa dan selepas berlalunya
malam pertama di bulan Ramadan.Diantaranya seperti berikut :


1.Persiapan sebelum Ramadan

    i. Persiapan menyambut kedatangan Ramadan bermula semenjak 1 Rejab lagi .Apabila masuk
       bulan Rejab,Nabi mengajar sahabat dengan doa ini : اللهم باركلنا في رجب و سعبان و بلغنا رمضان                  
       Riwayat dari Ahmad dengan isnad yang dhoif-.Bahkan Al-Maaala bin Fadhl berkata :
       Sesungguhnya mereka berdoa kepada Allah selama 6 bulan sebelum Ramadan agar
       ditemukan  dengan Ramadan dan berdoa selama 6 bulan selepas Ramadan amalan
       bulan Ramadan  mereka diterima.

   ii. Mengulangkaji buku berkaitan Puasa dan kelebihannya dan contoh puasa Rasulallah
      dan sahabat.Ilmu yang mendalam menjadikan seseorang akan masuk pada malam
      pertama bulan Ramadan dengan penuh kesedaran dan kefahaman yang jelas.
      Sabda Nabi ; Barangsiapa yang dikehendaki  Allah kebaikan,Allah kurniakan
      kefahaman dalam agamanya.Diantara buku yang disyorkan ialah  Feqh Sunah ( Jilid 1)
      oleh Sayyed Sabiq,Fiqh Siyam oleh Dr Yusof Al-Qardawi,Fiqh Marah  Fi Siyam
      oleh Muhd Atiyyah Khamis, Fiqh Manhaji  keluaran Pustaka Salam.

   iii.Berusaha melatih dan menjinakkan hawa nafsu agar tunduk kepada arahan Allah.
      Berpuasa intinya ialah kemampuan seseorang itu mengawal dan mengekang hawa nafsu
      meninggalkan kesukaan nafsu dan kelazatannya seperti   makan minum yang
      sebelumnya halal serta menjaga seluruh pancaindera agar menghormati abad-adab
      kesempurnaan  dan kehormatan bulan Ramadan.Ini dilakukan sebagai lambang
      kecintaan yang tidak berbelah bahagi  kepada Allah swt.Latihan yang panjang
      seawal Rejab lagi membantu menjinakkan nafsu serakah agar tunduk kepada
      ketentuan ilahi  agar kita dapat mencapai martabat puasa khusus Khusus atau puasa
      paling istimewa seperti yang di utarakan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya
      Ulumuddinnya.
  
   iv.Melatih diri dan ahli keluarga agar berpuasa dibulan Rejab dan Saaban sebanyak
       yang mampu.  Sekiranya tidak berkemampuan,maka berpuasa pada setiap hari isnin dan
       khamis,atau pada hari 13,14  dan 15  setiap bulan ( Hari Putih ).Amalan ini sudah
       tentu akan memmudahkan seseorang  menempuh malam pertama dengan penuh
       keyakinan dan semangat yang berkobar-kobar.

  v. Bulan Al-Quran adalah " Bulan Al-Quran "Ibnu Abbas berkata,Nabi pernah bersabda :
      Bahawa Jibril akan menemui Rasulullah pada setiap malam Ramadan.Pertemuan itu
      bertujuan bertadarus Al-Quran bersama Rasulullah.Justeru amat wajar kepada pencari
     Takwa berusaha mempelajari Al-quran,mendalami ilmu tajwid dan melazimi membaca
     Al-Quran terutama selepas solat sekurang-kurangnya 2 muka surat.Jadikan Al-Quran
     sebagai wirid harian mereka.Kelaziman ini sudah tentu memmudahkan mereka melalui
     malam pertama Ramadhan  dengan jayanya.

 vi. Bersedekah,menyebarkan kasih-sayang dan silaturrahim didalam masyarakat.Nabi seorang
     yang amat  pemurah dan menjadi lebih pemurah apabila tiba bulan puasa.Kelaziman
     memberi sedekah  dan membantu orang lain dalam kehidupan harian akan memudahkan
     kita untuk bersedekah apabila tiba bulan Ramadan. Sebarkan sms,Facebook,twiteer dan
     lain-lain cara kepada rakan-rakan agar bersedia menyambut Ramadan sebelum tibanya
     Ramadan Al-Mubarak.

 vii.Persiapan fizikal juga tidak kurang pentingnya berbanding dengan persiapan mantel  dan
     rohani.Berusaha mencegah diri lebih awal dari sebarang penyakit berjangkit atau lain-lainnya
     agar badan sihat dan segar sebaik  melangkah kaki  ke malam pertama bulan Ramadan.

 x. Menunggu pengistiharan anak bulan awal Ramadan.Persiapan dari segi fizikal,emosi dan
     rohani amat penting agar mampu memberi motivasi kepada kita melaksanakan ibadat
     puasa sehingga menggarap tahap ihsan sejak tengglam matahari akhir Saaban dan
     bermulalah malam pertama Ramadan yang dinantikan.


Bersambung.................
    


.

Tiada ulasan: