Disunting oleh :
Ustazah Norritta Abu Bakar
SMK Taman Jelutong,09000 Kulim,Kedah
Objektif pembelajaran: SMK Taman Jelutong,09000 Kulim,Kedah
1. Menerangkan biografi Imam Al-Syafi’i
2. Menjelaskan kegigihannya dalam menuntut ilmu.
Riwayat Hidup
Nama asal Imam Shafie ialah Al‐Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris al‐Qurasyi al‐Hasyimi al‐Muttalibi bin al‐Abbas bin Othman bin Syafi’i. Beliau berbangsa Quraisy dan berketurunan Nabi Muhamad SAW. Mengikut pendapat sepakat ulama, Imam Shafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah. Tarikh kelahirannya bertepatan pada tahun kewafatan Imam Abu Hanifah.Peristiwa seperti ini memberi gambaran, bahawa kelebihan Allah SWT menjadikan keadaan demikian kepada makhluknya, iaitu dengan wafatnya seorang imam maka lahir pula imam lain yang mewarisinya .Terdapat tiga pendapat tentang tempat lahir Imam Shafie iaitu di Ghazzah Syam (Palestin), Asqalan (di pesisiran pantai Palestin) dan Yaman. Al‐Bayhaqi dalam menyelaraskan pendapat di atas mengatakan Imam Shafie di lahirkan di Ghazzah, kemudian dibawa ke Asqalan dan kemudian ke Mekah .